tattoos

Thursday, April 2, 2009

confession of a shoppaholic




girls nite out with my two officemate yesterday nite was awesome!
after work terus rushing ke cineleisure , damansara for watching my amore CONFESSION OF A SHOPPAHOLIC.
dan yang sebenarnya saya dah tergilakan filem ini.masa duduk di dalam pawagam dan menonton, rasa keterujaan-nya sama seperti saya menonton filem girly GOL & GINCU for the first time.hahaha.

oh-my-GOD! 
seorang bekas pelajar filem lalai dengan filem semudah itu? euwww..NO.itu bukan persoalannya.yang penting saya mmg menggemari filem2 yang ringan seperti itu.kata-lah apa sahaja.tapi saya pasti semua teman2 wanita saya mesti bersetuju dan mengangkat kedua2 ibu jari bila menonton filem ini nanti...(two thumbs up!) 

watak Rebecca Bloomwood bukan la seperti saya.saya tidak la se-shoppaholic dia.tapi macam best kan? :D saya suka setiap scene yang menunjukkan beliau secara peribadi.kasut2 penuh di rak.kain baju merata2.handbag? ye beg..yang sangat banyak & pastinya cantik2 belaka.oh-indahnya-dunia! 
filem ini menunjukkan bahawa amalan bershopping bukan lah amalan yang baik.tapi? macam mana dengan elemen TERAPI apabila kita bershopping? 
sesungguhnya saya bersetuju dengan miss bloomwood.apabila kita bershopping, kita akan lupa segala masalah2 yang sedang menimpa.betul! :p
contohnya, anda dan teman lelaki sedang berjalan di dalam shopping complex.kemudian terjadi salah faham.maka anda akan terus berjalan mendahului teman lelaki kerana merajuk or marah.ke mana kah kaki anda akan melangkah? pastinya ke kedai yang menjual kasut yang berwarna warni.ke kedai baju yang cantik2.walaupun tidak membeli sekurang2 nya sempat juga membelek2 sehelai dua.agagagaga~ ok, saya tak cakap ttg orang lain.saya sedang bercakap ttg diri sendiri.weee~ :D

tetapi secara peribadi, saya bukan gila bershopping.saya cuma berbelanja kalau mempunyai baki wang lebih.i mean dalam sebulan mungkin rm300 termasuk alatan peribadi saya.
*tapi sebenarnya kadang2 terlebih shopping juga! ;p*

apapun apabila saya selesai menonton filem ini, saya akan lebih berhati2.mula berjimat (walaupun secara perlahan2).
yang penting, saya tidak mempunyai MAGIC CARD.
huhu~
 

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger