tattoos

Monday, November 23, 2009

island & me




macam mimpi jadi kenyataan.macam kembali ke zaman belajar.
saya di invite oleh nana & ina untuk teman-kan eila ke pulau pangkor atas urusan kerja.dan semestinya saya akan jawab 'yesss!'.
bertolak pada jam 11 am selepas menemankan kawan2 saya bersarapan di wangsa maju.
on the way kami semua singgah di ipoh untuk melawat abah fiza di hospital kerana kemalangan.alhamdulillah, abah nya semakin pulih dan sihat.lepas makan tengah hari kami meneruskan perjalanan menuju ke pangkor.and this is my first time ke pulau pangkor, sememangnya saya sedikit cemas.hujan lebat separuh dari perjalanan kami menambahkan lagi rasa cemas saya.
kami tiba di jeti sekitar jam 6.30 petang dan eila telah pun membeli tiket menaiki feri pada jam 7pm. :) 

kami diambil oleh encik rashid (manager hotel) dan di tempatkan di Golden Beach Hotel & Resort.
sampai hotel, makan malam + seafood yang sungguh lazat.then encik rashid bg pinjam kereta untuk round2 pangkor.round2 pangkor jam 12 malam??? serious??!!! sangat cemas okeh.erm tak pe la, pengalaman malam tu biar saya simpan sendiri.takut tapi kelakarrrrrr!!!! hahahaah.
sampai hotel dalam pukul 1 am lebih.zzZZZZzzz!

6:30am
nana kejut sebab dia nak tengok sun rise.tapi macam tak sempat sebab kitaorg turun dah pukul 6.45 - 6.50 kot.at least dapat gak hirup udara pagi yang nyaman.hahaha!
make it short..banyak pengalaman baru yang saya dapat masa pergi pangkor ni.dapat main basikal dengan my girlfriends kecuali nana.(dia failed naik basikal..haha)
then kami berkayak.owh sungguh best! :)) 
tapi seperti biasa la, dalam masa sehari mana sempat nak survey semua tempat.its ok! at least dapat gak bercuti dan beriadah (la sangat!) di tempat orang.apa yang penting? ada duit! hehehehe! :p

kalau boleh hari-hari pun nak macam ni.tapi bukan hari2 ada duit dan yang penting bukan hari2 ada MASA... haihssss!! :(

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger