tattoos

Friday, September 9, 2011

ramadhan & syawal 2011

assalammualaikum

lamanya tak berblog.ada masa tapi tak rajin.banyak cerita tapi lebih senang simpan dalam hati.pejam celik ramadhan dah berakhir dan kita dah pun menyambut syawal.alhamdulillah.kalau nak ditanya apa yang wa dapat sepnjang ramadhan ini, pelbagai pengajaran yang wa peroleh.antaranya macam mana nak pelihara solat dengan betul.jaga bahasa.jaga tingkah laku supaya menjadi insan yang insyaallah cemerlang dari segi sikap dan budi pekerti.
hari raya aidilfitri yang baru sahaja berlalu (masih dalam mood raya) wa dan keluarga sambut dengan rasa syukur.walaupun ini merupakan hari raya ke-dua tanpa arwah ayah, alhamdulillah semuanya masih terkawal.terkawal dari segi sambutan dan emosi juga.tak tau la kan kalau ada yang menangis dalam diam.hehe :p wa cuma menangis masa pagi hari raya.masa melawat kubur ayah dan keluarga yang lain.semasa membaca doa buat ayah, hati ada lah tersentuh sedikit.entah, mungkin masih memendam rasa.

ok ok stop cerita pasal nanges-nanges :')


kubur mak tok.tak boleh tabur bunga banyak sangat, kang ramai yang berkenan! erh? hehe


pandai sangat mulut berkumat kamit.tak payah nak berkerut sangat la kerr abdullah.
baca al fatihah je punnnnn! ini kubur tok abah.jauh dari mak tok.mak tok duduk rumah pangsa
tingkat 15 -.-"



ok.ini kubur ayah sebelah je dgn kubur tok abah :')
ceh ceh emak.menabur bunga dengan penuh gaya! hehe
*padahal dalam hati dia siapa yang tau dia rasa apa kan? hurmm..*
*diam*


yang cinonet kecik ni kubur baby danish.
anak my uncle meninggal dalam perut tu.last year if i'm not mistaken.


lepas balik kubur kitaorang pergi pantai depan rumah.tanpa motifff? 
huh hari raya pertama pergi pantai? nak tengok apa? air laut? haha


uiks? mana angah abdullah? owh jadi cameraman ea?


riang ria la konon! cet! =.="


sakan no! :p

ok itu la serba sedikit gambar-gambar raya.takkan nak upload semuakan? kalau upload semua baik wa print satu album, pass kat korang.baru puas sikit tengok! hehe :p

banyak perkara baik berlaku pada hari raya kali ini.bertambah baik.alhamdulillah! yang buruk-buruk tu buat tak nampak je la ye tak? hehe
nak tengok gambar budak2 kecik besar tua dan muda main bunga api sila pergi kat my FB.sana ada sikit.bersepah-sepah ye tak? tapi takde la best sgt pun bunga api.so childish la u! *sambil pegang bunga api =.="*
seperti tahun-tahun yang sudah, wa berdoa semoga sentiasa diberkati hidup ini.bila pergi kubur teringat utk diri sendiri "esok aku pun ke sini juga.kembali ke tanah.." 

for my dear emak,
terima kasih utk semua yang best-best.masakan emak.semua lah! ayien tak boleh nak explain satu-satu.u're my wonder women.insyaallah ada rezeki, menjadilah sesuatu yang selalu mak harapkan.insyaallah! :))

to all, 

selamat hari raya aidilfitri.maaf zahir dan batin :)

xoxo,
kerr abdullah


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger