tattoos

Monday, October 4, 2010

syukur


pernah tak tengah duduk-duduk tiba-tiba timbul rasa tenang.rasa syukur dalam jiwa? pernah? :)
saya pernah dan selalu.ini positif.dan saya sukakan nya.saya bersyukur Allah memberikan saya oksigen untuk saya bernafas.setiap hari.sehingga ke saat ini.alhamdulillah.saya bersyukur saya dikelilingi oleh orang-orang yang saya sayang dan menyayangi saya.keluarga terutamanya.kawan-kawan perempuan saya.kawan-kawan lelaki saya.semua.saya bersyukur.
saya bersyukur dikurniakan dengan majikan yang baik.bekerja di syarikat melayu yang boleh dikira berjaya.membuat pekerjaan yang memang minat saya.syukur alhamdulillah.saya dikelilingi dengan kehidupan yang berwarna warni bukan hitam gelap semata.semoga warna-warna itu terus berkekalan.saya bersyukur dikurniakan menjadi seorang Zura Azreen bt Abdullah.ceria.positif.mudah mesra.mudah berkawan.saya bersyukur. :)
saya bersyukur dengan kehidupan sederhana ini.tidak lebih dan tidak kurang.cukup makan dan pakai.serba serbi tidak kurang.saya bersyukur dikurniakan akal yang waras dan boleh membezakan yang baik dan buruk.alhamdulillah.

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
.


tidak mahu meminta lebih.ya Tuhan-ku, Kau permudahkan segala setiap urusan-ku di dunia dan akhirat.Kau berikan kesihatan yang baik kepada ibu dan keluargaku.kegembiraan dan kebahagiaan yang mutlak.amin ya rab bal alamin.
:)


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger