tattoos

Monday, August 16, 2010

satu rasa

wa pasti semua orang dalam rumah ini merasakan benda yang sama.rasa yang sama.emak rasa.along rasa.ibal rasa.toit rasa.tapit rasa.faza rasa.noi pun rasa.mungkin kami masih boleh tergelak gelak bila masuk bab air tebu pakcik kruger.rojak petis makcik lembab.murtabak daging a.nuar atau segala jenis makanan yang ada atas meja tu.tapi wa tau semua ada satu rasa yang sama yang terpendam dalam hati masing-masing.
minggu lepas, semua ada di rumah emak.cukup korum adik beradik.faza balik.along balik.ibal pun balik.semua nak sambut puasa di rumah.buka puasa bersama.emak nampak happy.alhamdulillah.riuh menyediakan makanan untuk berbuka sama macam dulu.takde yang berubah.seronok betul dapat makan ramai.situasi macam ni jarang terjadi sebab masing-masing ada komitmen.memang la selalu balik rumah emak, tapi balik nya tu tak pernah saing.minggu ni along balik.minggu depan pula faza bercuti.etc.so bila dah ramai ramai ni mcm2 la ceritanya keluar.emak jadi pelayan.mendengar cerita kami adik beradik.sambil bercerita, makan pizza yang along buat.sedap.. :)
wa perasan satu, bila masuk cerita pasal ayah.emak banyak diam dan mendengar.jarang sekali dia menyampuk.sekali dua kali tiga kali, dia tukar topik.kadang-kadang topik tu mcm tak logik.. :') wa tau kenapa.macam along cakap ; "minggu pertama menyambut ramadhan tahun ini adalah minggu sensitif.." - betul.emak sensitif.kami adik beradik pun sensitif.

*tahan*

meja makan penuh.
makanan ada.
air ada.
along ibal toit tapit faza noi..semua ada.
emak ada.
ayah?
ayah je takde.
:)

ini yang paling wa tak nak rasa tahun ini.
tak nak rasa sambut ramadhan tanpa ayah.
sebab wa tau, rasa dia perit.
siapa yang tak happy sambut bulan puasa?
wa happy.serious.
tapi ini yang buat wa takut dari awal beberapa bulan sebelum ramadhan selepas ayah pergi.
betul.
puasa jauh dari rumah emak, buat wa tak rasa sangat.
bila ada di rumah emak, aduh..
rasa nak melalak kuat kuat.
tapi pendam juga.
rasa nak putar balik masa.

dua hari di rumah..berbuka dan bersahur saya duduk di kerusi tempat biasa ayah duduk ketika di meja makan.
semua sama.kedudukan pinggan makan.jag air.even botol kicap masih ditempat sama.
sedih.
betul betul sedih.wa tak tau mcm mana nak hilangkan rasa mcm ni.along cakap ini adalah 'proses'.semua orang kena lalui.emak pun kena juga.
haihs..sakit dada.
bila tengok emak, tengok muka dia wa tahu dia pun pendam demi anak-anak sama macam wa adik beradik pendam demi dia.
tapi kalau menangis sorang sorang sapa yang tau kan? :')

ya Allah.mohon dipercepatkan recover ini.kalau boleh wa tak nak layan sangat.sebab kalau wa layan, wa rasa wa paling teruk.wa paling kuat menangis.sumpah.
semoga Tuhan permudahkan segalanya.mudah untuk emak dan wa adik beradik.

ayah,
ramadhan kali ini tanpa ayah memang terasa lain sangat sangat.
semua tempat ada ayah.
berbuka ingat ayah.
nak siap kan pinggan sudu garfu ayah.
cawan gelas ayah.
kain lap tangan.
kurma ayah.
sahur dengar jam ayah.
suara ayah kejut noi dgn faza.
ayah berjalan nak pergi bilik air.semua ayah.
masa berbuka kitorang asyik ajuk apa yang ayah pernah lawak-kan kat meja makan.
ulang balik cakap cakap ayah.
kitaorang gelak gelak tp dalam hati menangis.
emak pun ketawa juga.
tapi ntah la...

ayien rasa ayien rindukan ayah..
:')




No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger