tattoos

Friday, April 2, 2010

Love at first sight is easy to understand - it's when two people have been looking at each other for a lifetime that it becomes a miracle.

boleh check disini : 

erm? nak start mcm mana erk? saya tahu perkahwinan itu penting.saya tahu membina institusi keluarga itu dituntut dalam Islam.walaupun saya dah berusia 26 tahun tapi masih belum berkahwin, tapi saya dapat agak memang seronok kalau memasuki alam perkahwinan.ada suami/isteri, anak-anak yang comel, mahligai yang indah...amboi seronok betul! :D husband balik rumah, penat balik kerja di rumah isteri dah hidangkan kopi dengan jemput-jemput udang.awww...so sweet.sejuk hati husband.hihi.indah betul hidup alam rumah tangga ni! kan adik kan???? 
tapi kalau UMUR BARU MASUK 15 TAHUN TAPI DAH MENGGEDIKs NAK BERNIKAH, dah kenapa? saudari Halimaton, awak baru je setahun jagung.ada berpuluh exam yang perlu awak tempuh.pmr pun tak lepas lagi awak sibuk nak fikir pasal kawin? awak ingat senang ke kawin? 
haiii..budak2 sekarang ni.kadang-kadang memang tak fikir panjang la.sampai nak buang famili hanya kerana dilarang bernikah pada usia 15 tahun (perempuan) dan 19 tahun (lelaki).boleh??? 

hai dik, orang lain tu berebut2 belajar cari ilmu.ke new york bagai...awak boleh sempat lagi nak larikan diri sebab emak tak bagi nikah? elok sangat ke perangai nya pun.saya rasa emak awak mesti kecewa tahap maksima punya.sampai nya hati awak.apa bakal suami awak janjikan kalau awak kawin dengan dia dalam usia muda mcm ni? rumah besar? hidup senang? percaya cakap saya, saya takut awak merempat.makan tak cukup.bakal suami awak kerja nya apa? jangan cakap dia  makan nasi kat rumah emak dia lepas penat memancing tepi sawah ok?? :)
fikir panjang-panjang dik...tak guna main lari2 kan diri dari famili.tak pernah nak rasa bersyukur.emak ayah penat2 sekolah kan.siap dapat anugerah UPSR cemerlang 2007, tapi dalam usia bari 15 tahun ini yang awak balas...degil sungguh awak ni! :D

jangan main-main dik.sekarang ni nak hidup bukan senang.bukan dia cakap 'i love u' perut awak terus kenyang.bukan dia cakap 'i miss u' duit masuk mencurah2.apa2 pun berbalik kepada ilmu.esok2 sampai jodoh, awak kawin juga.jangan la risau sangat kalau awak cakap awak tak laku di umur sekarang ni.sekarang ni apa yang perlu awak buat hanya belajar je.bukan susah pun.awak rugi kalau kawin sekarang.esok2 kalau awak dapat masuk universiti, kat sana berlambak budak hensem! serious tak tipu! :p 

fikir panjang dik.
fikir dalam-dalam.
fikir masak-masak.

tapi seandainya memang Tuhan dah tulis didalam kalam memang jodoh awak dah tiba sekarang, peliharalah keluarga seeloknya.saya doakan awak bahagia dunia akhirat.selamat pengantin baru! :D

entah erk...pening la dengan budak2 kecik sekarang.jangan la degil sangat.haihsss!! -.-"

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger