tattoos

Tuesday, December 29, 2009

Don't find love, let love find you. That's why it's called falling in love, because you don't force yourself to fall, you just fall.

bismillah'hirahmannirrahim...

"It breaks your heart to see the one you love is happy
with someone else, but it's more painful to know that
the one you love is unhappy with you."


tidak tahu hendak mula dari mana.saya rasa bulan akhir tahun ini bukan-lah menjadi bulan favourite sesetengah orang.dua tiga menjak ni, banyak betul kes putus kasih sayang.perempuan-perempuan saya je dah dua orang bersedih.hurm..entah.saya tak berada di tempat mereka jadi mungkin saya tak layak untuk bercakap apa2 mengenai itu.takut-takut terlebih cakap, bakal membuatkan mereka bertambah sedih.saya doakan mereka kuat.
awal bulan ini, kami dikejutkan dengan cerita putus cinta dari salah seorang teman rapat saya ziela.berkasih hingga 4 tahun tapi akhirnya dia dibuang atas alasan, "anda sudah tidak dapat membahagiakan saya dengan wang".wtf.rupa-rupanya ziela berkasih dengan lelaki-pisau-cukur.aduhaiii...dikikis sampai mati.dari ceritanya, setiap kali keluar ber'dating', ziela tidak lepas dari membeli kan barangan 'Puma', 'Nike' ditambah lagi dengan baju2 dari F.O.S.lelaki ini memang kejam.lagi diceritakan, duit dari dalam poket sebanyak RM300 abis membelanja belai sang kekasih sehingga hanya tinggal RM1.50 buat tambang balik menaiki bas.kejam la kau jantan! :'( kau tunggu sahaja balasan di akhirat kelak wahai bangsat! bercerita didalam blog ini bukan la untuk mengadu-domba hal perihal rakan2, tapi ini sendiri menjadi peringatan buat diri saya.bukan senang nak berkasih.perempuan ini kalau dah sayang, apa pun direlakan..aduhhhh. :'(
saya mahu ziela tabah.tunggukan sahaja kedatangan jodoh yang ikhlas dari Tuhan.jangan lagi bersedih untuk lelaki-yang-tak-seberapa wangnya, wajah nya, tingkah lakunya. (ok..its depends.kasih sayang bukan mengenai rupa paras, harta benda).
semalam seorang lagi sahabat saya pula merana.fafa namanya.cantik.sempurna.baik.jujur.sedikit perahsia.seorang yang ceria.entah dimana silapnya.saya belum berkesempatan bertemu dengan nya untuk ketahui kisah sebenar.yang saya pasti, dia sedang bersedih.melalui status di facebook, saya dapat juga rasa pedihnya.entah...semoga diketemukan dengan lelaki yang ikhlas menyayangi mereka.amin.saya sedar dalam usia mahu menginjak ke angka 26 tahun pada 2010, rakan2 saya dan termasuk saya sendiri semestinya mempunyai rancangan untuk membina institusi.cuma tinggal bersedia atau tidak saja.saya tidak minta dicepatkan, juga tidak meminta dilambatkan jodohnya.semua terpulang pada Tuhan.ini kerja Dia.kalau dipaksa2 nanti saya juga yang merana.. :)  hubungan saya sendiri baru menginjak ke usia 5 tahun.tidak lama mana.tapi alhamdulillah, setakat ini tiada hal yang besar.doa yang baik2 saja, ya.seorang teman pernah berkata dalam nada bergurau ;

"macam mana ni kerr? semua kawan-kawan sudah berkali berganti teman.
lu je belum lagi..." (merujuk kepada hubungan saya dan afiq)

memang kedengaran seperti bahan jenaka, tapi betul juga.kawan-kawan saya sering bertanya apa saya tidak mempunyai masalah dalam perhubungan? tipu kalau saya kata tidak ada masalah.masalah sentiasa ada.cuma perlu dilihat dari segi bagaimana mahu menangani masalah2 tersebut.saya juga pernah bergaduh.pernah bertekak.pernah dimarah.pernah memarahi.saya pasangan normal.cuma Tuhan telah menganugerahkan saya dengan kejujuran Afiq.semoga dia jujur dan sayang kepada saya sehingga hujung nafasnya.amin.tapi kalau Tuhan kata dia bukan jodoh saya, maka jauhkan segera.

*tarik nafas..hembus perlahan*
tidak sabar mahu menjejak ke Tahun Baru 2010.semoga di tahun baru akan datang, saya akan terus positif.malah lebih dari tahun ini.kerja yang baik.umur yang panjang.famili yang bahagia.yang baik2 juga untuk anda diluar sana.. :)

amin..ya'rabbala'lamin...

"Love is like heaven, but it can hurt like hell."

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger