tattoos

Friday, August 28, 2009

memoirs of myself

terkenang zaman2 belajar dulu.zaman saya sekolah menengah.saya ada seorang kawan baik lagi akrab.memang baik giler sampai saya boleh panggil emak dia dengan panggil emak.makan kat rumah dia after balik sekolah.teman ke sana ke mari.sambut valentine berdua (ye..walaupun dia seorang perempuan.kenapa tak boleh erk? hihi).tapi tu la...betul kata orang, betul kata emak saya; "jangan sayang sangat, nanti bila jadi sesuatu jiwa kita boleh sakit..." betul.memang betul. :)

terkenang zaman2 saya mula bercinta dulu.baru belajar nak bercinta.sebelum pikor, saya hanya ada seorang ex-bf sahaja.menjadi ex itu pun berkait dengan kawan baik saya diatas tuh.bukan..bukan! dia bukan bercinta dengan ex saya.tapi saya rasa dia suka dengan ex saya.hihi.sebelum saya berpatah arang dengan my ex, kami memang jarang bergaduh besar.semua nya baik2 sahaja.betul kata orang, betul kata emak saya; "jangan sayang sangat, nanti bila dah tak sayang kita yang merana..." betul.memang betul.cuma beza nya saya tak merana! haha~

sekarang ni hidup saya boleh dikatakan lengkap.ada kawan2 yang boleh saya percaya dan ada bf yang boleh saya bergantung harap.tapi yang saya nak tahu, ada kah saya ni cukup baik untuk mereka? :)
empat lima hari ni, saya ada satu perasan lain.perasan yang pelik.saya rasa saya tak nak jumpa dengan kawan2.saya jadi takut bila mereka2 menghantar sms mengajak berbuka puasa bersama.entah kenapa? :(

mungkin saya sendiri yang rasa saya belum cukup baik untuk mereka...

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger