tattoos

Wednesday, July 15, 2009

gud enuff? part 1

dia masuk ke pejabat hari ini dengan muka masam mencuka seperti hari2 biasa yang dia lalui.langkah yang sedikit kelam kabut.henyakan kaki ke lantai bangunan rumah kedai 2 tingkat...berderap-derap bunyinya.kami diam2 sahaja.buat2 macam dia tidak wujud dan tidak pernah wujud.hempasan kertas digenggaman ke permukaan meja di tempat kerjanya mendengungkan telinga kami2.hati seorang para pekerja yang asyik menusukkan mata ke arah muka komputer mula berteriak, "hai..apa lagi yang kau nak marahkan diwaktu2 aman kami?". seorang lagi para2 pekerja juga berteriak walaupun di dalam hati, "pernah dan boleh tak kau maniskan sedikit muka mu supaya aman kami terus menyanyi?". mata dia melilau, melihat sebuah lagi komputer di meja hujung sekali yang di mukanya cuma terdapat gambaran segi empat yang mempunyai sedikt tulisan dan segaris garisan biru rona laut bergerak sedikit pelahan sedikit pelahan.dua keningnya berkerut sehingga terkesan bentuk kedut diantara mata yang memakai cermin petak itu.darahnya mula naik ke hati.panas.lantas mulut nya berteriak kuat ; "vfdkrkplsd3499dsdd[awfk kg? jsdeif w-[pkd ngq]lf? jw0wdorgk[lf!!!!!". para pekerja yang terlibat dalam hamunan nya segera2 bangun mengangkat punggung melakukan suruhan dia.wajah para perkerja sedikit berubah.jatuh keningnya.hatinya mungkin sudah pun muncul garisan2 pedih.yng lain pula cuma diam tapi bergaduh didalam hati menahan gelodak perasaan.kalau sudah ada pisau atau dawai halus dan kalau itu tidak salah di sisi undang2 dan agama sudah lunas berkecai dikerjakannya.malangnya itu cuma angan2.sudah.lupakan sahaja.

dia lelaki bercermin petak itu laju ke dalam sebuah bilik.pengurusan.segala fail2 pekerja, clients2 semua ada di sana.di dalam bilik itu ada seorang wanita separuh umurnya mungkin dalam lingkungan 46 ke 48 tahun bersama seorang budak perempuan berusia 7 tahun.bunyi radio berjam digital terpapar di skrin.lagu2 semua berentak terkini dan moden.di atas meja tinggi sedikit tergantung sebuah telivisi sebesar 21 inci mungkin, di bahagi ke 4 bahagian di mana memaparkan setiap pergerakkan yang dirakam mengguna kamera litar.ya, setiap sudut dirakam agar percuri dan niat mencuri terbantut.itu amaran.harap diambil perhatian.lelaki bercermin mata petak menarik laju kerusi beroda di depan meja.mula jari manaip laju punat2 papan kekunci.berkerut2 lagi keningnya.suasana yang aman di alunan radion buruk di tambah dengan petikan papan kekunci tadi..tap tap tap...enter! tap..tap..tap..enter! backspace...tap...tap...tap...enter! delete! 

di luar, para seorang pekerja memandang ke arah lelaki cermin mata petak yang berada di sebalik dinding kaca dan mencebik mengejek.berjalan ke setiap meja bertanya soalan; "gjepfckpsd9 kh?".para perkerja mangsa tadi cuma diam.sedih.pasti sahaja menjadi bahan perbualan.tentang siapa lagi kalau bukan tentang lelaki bercermin mata petak itu."djgkokfler-40ortdsdwpoek" , kata yang pertama."fsdiosdawpeoki9wfivih..." jawab yang kedua.
lelaki yang diperkatakan masih terus memberikan perhatian kepada kerja2 nya.

....





No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger