tattoos

Monday, June 15, 2009

kalau lah boleh kembali ke usia 17... ;)





15 06 2009 
KLCC
09:20 pm

saya tau ini adalah mustahil dan boleh menimbulkan perasaan nak muntah.tapi basically, i loike this movie.hahahaha~ saya paling tak suka zac efron tapi saya masih menonton HighSchool Musical (HSM).tapi tu lah, yang kita tak suka la yang akan kita tengok.wakakakaka~
sebenarnya insiden menonton filem ini adalah tidak disengajakan.betul! ;p saya bersama pikor dan jon cuma ke klcc untuk membeli kasut kegemaran (sebenarnya kalau nak di ikutkan memang saya banyak kasut kegemaran..) di STUDIO R di KLCC.kemudian jon pula nak bershopping di lot NIKE.beli baju yang ada line kuning hijau hijau kat dada.pada awal nya memang tak terlintas pun untuk pergi menonton wayang.tiba2 salah seorang daripada kami yang pastinya bukan saya...telah mengeluarkan idea "eh! JOM TENGOK CITE 17 AGAIN..BIJOK DOWH! ADA LITE SABER NATANG".hihik.
lalu dan seterusnya bermula-lah mengembaraan menonton wayang.

meh kita buat review sket sebab alang2 dah tengok kan...movie ni movie ringan.memang sangat2 sesuai bagi para remaja untuk menonton.terutama remaja perempuan yang menggilai si jambu Zac Efron.adoihai! memang jambu gila lah.korang bayangkan la, di hadapan seat saya ada dua orang chinese girl yang umurnya kemungkinan 18 or 19 or 20 tahun.apabila watak si jambu MARK tu keluar je, mereka pun buat gaya ala2 macam-tak-boleh-blah sebab Zac Efron tu cute sangat kot.hahaha.dan saya pula berumur 25 tahun.dan kawan saya yang berdua tu pulak berumur 27 tahun dan mereka adalah lelaki? hahahahahhahahaha~ OMG! :p

ok.movie ini adalah mengenai kisah seorang lelaki iaitu Mike yang berumur awal 40-an kot yang dimasa remaja nya adalah seorang bintang bola keranjang di Hayden High School.Mike kini telah bekerja tetapi menyesali tindakan yang dia ambil ketika di usia 17 untuk berkahwin dengan kekasihnya iaitu Scarlett kerana telah ter-mengandung.oleh yang demikian, Mike kerap menyalahkan isterinya Scarlett sehingga menyebabkan mereka bercerai walaupun Mike masih menyayangi Scarlett.jadi basically movie ni berkenaan tindakan yang dibuat oleh Mike untuk memenangi kembali hati isterinya.
kisah Mike kembali ke usia 17 di zaman kegemilangannya adalah apabila beliau bertemu secara tidak sengaja dengan seorang 'penjaga bangunan' di sekolah anak-anak nya yang juga sekolah beliau ketika remaja dahulu.maybe 'penjaga bangunan' tu angel or apa2 yang magik2 ni la.so bila suatu petang setelah menghantar kedua anaknya pulang ke rumah isteri beliau, di dalam hujan Mike berjumpa dengan 'penjaga bangunan' yang ketika itu mahu terjun ke dalam sungai di atas jambatan.di pendekkan cerita, Mike telah terjatuh ke dalam pusaran air menyebabkan beliau kembali ke jasad 17 tahun.okah! itu je...korang kena pi tengok.sebab saya rasa saya ni dah macam dvd cetak rompak bergerak! hahaha.lagipun baik korang tak payah tengok movie tu kalau saya dah cerita semua kan? ngengnegne~ :)

so kesimpulannya, filem komedi yang ringan ditambah dengan kejambuan Zac Efron kegilaan gadis2 ni bakal membuatkan korang ketawa la jugak.bukan la filem ni bodoh sangat.filem cute2 je! mesti korang suka kalau korang tengah stress.dan yang paling penting...KORANG BOLEH BELAJAR CAKAP BAHASA ELF! weeee~ :p

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger