tattoos

Friday, May 22, 2009

is the clients always right?

hari ini hari yang penuh dengan cabaran.
ketawa.suka.kemudian menangis.bekerja dalam bidang yang memerlukan anda berkomunikasi dengan orang lain a.k.a client bukan-lah sesuatu yang mudah.kena banyak bersabar dan itulah cabarannya.
saya baru setahun jagung berada di manggis production.tetapi dalam masa setahun ini bermacam2 ragam yang saya jumpa.kalau jumpa yang best, memang best la.tapi kalau jumpa yang tidak pernah rasa cukup, memang balas untuk kita. :)

hari ini hari saya menangis.entah kenapa hari ini saya sedih benar.penat mungkin.
seharian saya bercakap di telefon dengan client yang event-nya akan berlangsung besok hari di JW Marriot.
sekejap nak itu, sekejap nak ini.
memang memeningkan.
lebih memening-kan bila ahli keluarga lain mula campur tangan.eh?? kau pulak yang lebih ye joyah??? hello, ko ke yang nak kawen??
orang kaya...biasa-lah.
tapi betul juga.siapa yang tidak mahu event nya berlangsung dengan sempurna.perfect.blast! tapi bagaimana ye? bukan lah nak meninggi diri atau apa2.kalau la saya mampu berkata begini :

clients : u hav to come here.bla..bla..preview..bla bla..audio..set up?
saya   : jangan risau ye.kami bukan tak pernah buat kerja2 mcm ni.hell-oo!!! :D

bukan-kah dgn cara sebegitu akan mengeruhkan keadaan?
iya!!! 
:)

jadi saya mengambil langkah selamat.mengiyakan sahaja.tetapi masih tegas.kita pun tau kerja kita.kenapa mereka mengambil manggis.kerana mereka tahu manggis boleh diharapkan.jadi kepada tuan clients jgn la anda risau ye.kami akan bagi the best for u. :) *senyum*

penat betul berpura2 senyum dihadapan clients tadi.senyum dengan mata yang bengkak. '-,-"
tak pe la.senyum pun dapat pahala.
yang penting...saya berdoa semoga apa yang berlaku besok akan berjalan dgn lancar tanpa masalah & memberikan impak kepada client kita tuh yang kita kalau bekerja memang bekerja bersungguh2 bukan main2 apatah lagi kalau mereka dah berhabis beribu ringgit.

dan akhir-nya 
saya berharap semua yang berlaku pada hari ini ada hikmah nya.
mungkin untuk menjadikan saya a better person - bak kata boss saya dlm mesej beliau petang tadi.rilex sudah!!! hihik! :)




No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger