tattoos

Friday, November 28, 2008

kisah sang robot jadian.


ini kisah benar.buat main2.otak aku ligat berpusing.kerja melambak lagi.tp aku rasa aku dah tak boleh nak handle.setiap hari aku dihujani dengan bebanan kerja.bukan aku merungut.tapi aku pasti aku juga perlukan rehat macam orang lain.aku tak salahkan kerjaya yang aku pilih ini.aku bersyukur dengan rezeki yang aku dapat hingga ke hari ini.

aku seekor robot.aku samakan diri aku dengan robot.kerana apa? kerana setiap hari hidup aku amat terkawal.kurang bebas juga.pagi bangun tidur pukul 7.30 am, mandi bersiap hingga ke pukul 8.15 am.kemudian keluar dari rumah untuk menunggu teksi.sekitar 15 minit baru muncul teksi (itu pun kalau bertuah).sampai office dalam masa 5 minit.syukur tempat kerja tidak jauh dari rumah.sampai depan pintu office, swap tag (nanti dia kuar bunyik "tiiiitt").kemudian masuk office, duduk depan pc.on pc.on air cond.on lampu.lepas tu bukak file.lepas tu buat keje sampai pukul 10 am.kemudian turun makan for breakfast.naik jam 10.30 am.buat kerja lagi sampai pukul 1.00 pm turun lunch.aduihhh! penat menaip...hahaha~ pukul 2.00 pm tepat aku dh kena ada di tempat duduk mengadap kerja lagi sampai jam 6.00 pm.balik rumah.mandi.tidur.penat.

*untuk keesokkan hari nya korang cuma perlu ulang semula ayat2 kat atas tadi*

aku terkawal.aku tak menafikan yang kerja adalah untuk dapat habuan pada akhir bulan.tapi percaya tak kalau aku kata tak sampai dua minggu duit gaji aku akan habis.tolak itu, tolak ini.sewa rumah.etc.ini belum ada kereta lagi.belum berkahwin lagi.belum ada anak.tensi! :(
aku sebenarnya pun tak tau mcm mana nak buat dengan life aku ni.apa yang aku perlu lakukan ek? tak sama dengan zaman belajar.duit abes je "troot..troot..mummy boleh ke masuk duit belanja minggu ni?".tapi zaman tu dah abes.zaman minta famili tanggung makan minum.5 tahun belajar tak guna kalau masih makan duit famili.tensi! aku ni dah ada perasaan malu.malu yang menggunung kalau ttba minta duit famili.kalau terpaksa pun minta tolong abang kakak je.

so adakah sekarang ni aku berpura2 gembira? 
(kenapa dalam kepala aku ni mcm banyak soalan nak keluarkan? aneh.)
aku tak pura2.so far aku happy.
happy dengan life aku.kerja aku.kawan2 aku.cuma entah la.mungkin ini adalah kerana otak aku perlukan rehat.
aku penat.aku letih.
aku mati.
aku seekor robot.

p.s: aku kena pegi bercuti.no question.fullstop.tq!

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger